SEREMBAN: Bekas pengasuh remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui
kurus kering dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak Taman Semarak, Nilai
dekat sini rela menjaga remaja malang itu.
Norfitri Radius, 42,
berkata, dia sanggup menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, sekiranya diberi
kebenaran oleh pihak berkuasa.
Norfitri pernah
menjaga remaja malang itu kira-kira lapan tahun iaitu pada 2003 sebelum
berkahwin dan berpindah ke Gemencheh, Tampin dekat sini, tiga tahun lalu.
"Sepanjang saya menjaganya dulu, walaupun dia OKU tetapi badannya sihat
dan berisi. Kadang-kala saya membawanya ke pantai di Port Dickson untuk diberi
rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sikit
ORFITRI ketika ditemui selepas melawat keadaan remaja OKU di hospital.
Menurutnya, dia
mengetahui berita penderitaan Muhammad Firdaus yang tidak terurus bercampur
najis dan air kencing ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi
bersepadu 6P, semalam dan tidak menyangka anak yang pernah dijaganya seperti
anak sendiri menjadi seperti mayat hidup.
"Selepas melihat berita itu, saya segera menghubungi ibu Firdaus dan
wanita itu mengakui itu anaknya dan menceritakan perkara sebenar kenapa Firdaus
ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.
"Saya faham masalah yang dihadapinya sebab kami seperti adik beradik
sentiasa berkongsi cerita dan masalah. Kali terakhir saya menghubunginya dua
minggu lalu bertanyakan khabar dan dia memberitahu Firdaus sihat cuma tidak
selera makan," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Tuanku
Jaafar Seremban (HTJS) di sini, hari ini.
Sumber
myMetro
0 comments:
Catat Ulasan