RSS

Izreen Azminda sah bercerai

Kuala Lumpur: “Ya, semua sudah selesai pagi semalam (kelmarin). Tak ada sebab kami nak bermusuh lepas ini,” kata pelakon Izreen Azminda Aznam mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Muhammad Riza Baharuddin, pagi kelmarin.
Izreen, 29, yang dihubungi semalam berkata, keputusan itu sekali gus meleraikan segala spekulasi dan konflik yang timbul berhubung keretakan rumah tangganya sebelum ini. 
Katanya, dia dan bekas suaminya akan terus bersahabat baik demi kebajikan anak mereka, Adrian Umar, 10 bulan.

“Semuanya berjalan dengan baik dan lancar semalam (kelmarin). Rasanya ini adalah keputusan terbaik untuk kami berdua.

“Yang penting kami akan terus berkawan baik sebab rasanya berkawan itu lebih baik daripada hidup bersama. Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya.

Perbicaraan kes cerai mereka berlangsung dalam keadaan tenang di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pagi kelmarin tanpa liputan wakil media.

Media sebelum ini menyebut perceraian pasangan itu berlaku di lokasi penggambaran drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan di Pulau Pinang pada hujung Mei lalu dipercayai bermula daripada pertengkaran mereka.

Izreen mengeluarkan kenyataan mengesahkan mereka sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, Muhammad Riza berkata, mereka belum bercerai seperti dilaporkan tetapi sebaliknya dia baru saja memfailkan permohonan cerai di sini pada 14 Mei lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah dan mempunyai anak lelaki yang kini berusia 10 bulan.

Izreen berkata, keputusan untuk berkawan dengan bekas suami diambil demi kebaikan anak mereka.

“Kami tak mahu bermusuhan dan akan terus berkawan macam biasa. Saya juga tak sekat dia untuk ambil atau jenguk anak pada bila-bila masa saja.

Dalam pada itu, Izreen berkata, kegagalan rumah tangga bagaimanapun tidak akan menutup pintu hatinya untuk mengenali lelaki lain pada masa akan datang.

“Tak adalah sampai saya takut menjalin hubungan atau mengenali lelaki lain pada masa akan datang. Cuma buat masa ini, saya tak nak fikirkan dulu.” katanya'

sumber
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...