RSS

Jerung gergaji sesat ke Sibu


Sibu: Sekumpulan nelayan dari Pulau Bruit gempar dengan penemuan seekor jerung gergaji seberat 300 kilogram ketika memukat ikan di sekitar pesisir pantai pulau berkenaan, kelmarin.

PENDUDUK membantu menunda jerung gergaji ke pantai untuk dilepaskan.

Ikan sepanjang lima meter itu ditemui seorang nelayan Azmi Muji, 27, bersama dua rakannya pada jam 6 petang kira-kira tiga batu nautika dari kawasan pantai. Azmi berkata, dalam kejadian petang itu, bot kecil yang mereka naiki bergoyang kuat berbanding biasa seolah-olah dilanggar objek besar. 

Katanya, selepas membuat pemeriksaan, dia terkejut apabila mendapati seekor jerung gergaji tersangkut pada pukatnya.
“Saya panik melihat cahaya bersinar pada pukat dengan bahagian kepala ikan itu amat besar dan kelihatan seperti gergaji.


“Jerung itu masih hidup dan saiznya terlalu besar tetapi dalam keadaan lemah. Kami cuba menaikkannya ke dalam bot tetapi gagal,” katanya, semalam. Menurutnya, selepas usaha menaikkan jerung berkenaan gagal, dia kembali ke darat dan meminta bantuan penduduk untuk melepaskan jerung itu daripada pukatnya.

“Saya tiada pilihan selain terpaksa menghubungi penduduk kampung bagi membantu menunda jerung berkenaan ke pantai. “Kami mengambil masa lebih dua jam untuk menarik ikan berkenaan ke pantai Bruit,” katanya.

Jerung gergaji (sawsharks) atau nama saintifiknya Pristiophoriformes adalah spesies jerung di perairan laut dalam tidak kurang dari 40 meter dan hanya boleh ditemui di perairan Jepun, Afrika dan Australia.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

waaaaaaa ini jerung terlepas dari mana ni.. takutnyaaaaa Malaysia dah ada jerung. kalau dia terlepas maybe kengkawan dia ikut sama.. dimanakah dimanakah mereka..

drshikinzainal @ ekin berkata...

Aah lah takut.
Kot ada yang lain pulak macamane?
Erkkk...

cikdelimamerah berkata...

malaysia dah tak aman..jerung menyerang..hehehe@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK

cikdelimamerah berkata...

tak boleh nak kesan guna radar lagi. dimanakah kengkawannya..@CT Humairah

Khudri halim berkata...

kenyanh makan 1 kampung nie.. Cik delima kene add cbox.. baru senang org lain nak tingalkan jejak kasih nnt..hehe

cikdelimamerah berkata...

itu lah memang kenyang..saya punye cbox memang dah ada..@Muhammad Khudri

Dunia Zumal berkata...

Moga jerung tu selamat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...