Ibu Remaja OKU berkata ‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’
Labels:
Berita
Seremban: “Semua
orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu
menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan
kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak
saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi
anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU)
yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu,
Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal
Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas
melakukan pemeriksaan di rumah itu.
Ibu remaja itu yang
kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan
meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa
jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan
dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, waktu
kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad
Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat
keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya
sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana
dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press
(M) Berhad, di sini, semalam.
Dia yang berasal
dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup
dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum
berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh
tahun.
Menurutnya, sejak
berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi
berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.
“Saya tidak pernah
mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu
caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,”
katanya.
Apabila ditanya
mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan
untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bukan saya tidak
sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir
apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan
Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan