Port Dickson: Sekumpulan 20 pelajar dan pekerja swasta, termasuk tujuh wanita, sanggup datang dari Kuala Lumpur dan Selangor serta menyewa sebuah bilik dengan harga RM1,800 di sebuah hotel di sini, semata-mata untuk mengadakan pesta liar.
Bagaimanapun, tindakan mereka menjerat diri apabila ditahan polis ketika berkhayal dan menari dalam parti liar itu, awal pagi semalam.
Mereka dipercayai sanggup berkunjung ke bandar peranginan ini untuk berkumpul dan menganjurkan pesta maksiat sambil menggunakan dadah bagi mengelak perbuatan itu diketahui keluarga. Namun, hasil maklumat awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menyerbu bilik itu jam 1.50 pagi dan berjaya menahan mereka serta menemui tiga peket dadah.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, serbuan dijalankan oleh 10 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, manakala 13 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan ketika menari dalam bilik itu.
“Hasil pemeriksaan, lapan adalah penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan kolej swasta, manakala selebihnya pekerja swasta.
“Dalam serbuan itu juga, kita merampas dua peket dadah disyaki ganja anggaran seberat tujuh gram (g) dan sepeket dadah jenis ketamin dianggarkan seberat 1.34 g,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Port Dickson untuk soal siasat dan ujian air kencing.
Abd Wahab berkata, hasil ujian air kencing, 15 daripada mereka iaitu 12 lelaki dan tiga wanita positif dadah.
Menurutnya, mereka kini ditahan reman empat hari sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 akta sama.
Pesta liar kantoi
Labels:
Berita
ANGGOTA polis memeriksa dokumen 20 individu yang ditahan dalam bilik hotel.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan