Kisah ini berlaku semasa dalam perjalanan balik dari Ipoh ke Dungun, Terengganu. Masa tu saya masih belajar kat Uitm. Bila cuti semester je semestinya saya balik. Giler kentang kalau saya tak balik kampung. Tempat jatuh lagi dikenang inikan tempat bermain apatah lagi kena rotan.hehehe..
Ok, berbalik kepada cerita yang saya nak ceritakan. Biasanya saya akan ambik bas malam, sebab tak terasa sangat sebab sepanjang malam boleh tidur tapi bukan lena sangat pun. Kalau terjaga pun kalau driver bas benti kat hentian rehat.
Dalam duk melayan mimpi yang indah-indah...tetiba driver berhentikan bas. Tersedar saya dari mimpi yang indah..chewah..Saya tengok jam lebih kurang dalam pukul 2 pagi. keadaan keliling gelap. Saya tak berapa pasti kat mana masa tu. Dalam hati "apesal plak bas ni benti. Rosak ke. Hah sudah tengah2 mlm cam ni plak rosak. Naye cam ni". Tetiba saya terdengar driver bas gtau yang dia macam terlanggar sesuatu. Dalam kepala otak ni dah pikir lain dah..Mesti "benda" tu ni. Sebab driver turun tengok tak de pe2 kat bawah bas. Memang sahlah.
Alhamdullilah lah, tak de pe2 perkara buruk yang berlaku. Yelah kadang2 "benda" camtu boleh buat kita hilang kawalan. Kami pun sambung perjalanan. Dan akhirnya saya selamat sampai ke Dungun dalam pukul 7 pagi setelah 8 jam duk dalam bas.
Macam tu lah al-kisahnya..So peringatan untuk saya dan anda, berhati-hatilah. Dugaan dan "rintangan" sentiasa ada semasa memandu. Berdoalah semoga kita selamat sampai ke destinasi yang dituju.
0 comments:
Catat Ulasan