RSS

Penjara 11 tahun kerana masak kari mayat

Anda peminat gulari kari. Kari ayam, kari daging atau kari kambing? Tapi cerita kat bawah ni mengenai kari mayat. eee... kari daging manusia tu..nak tau cerita selanjutnya bacalah kat bawah...
Lahore: Dua lelaki adik beradik semalam dipenjara 11 tahun sebuah mahkamah di sini kerana memakan mayat bayi dalam kes yang mengejutkan rakyat Pakistan.
Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.

Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.
Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.

Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.

Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik. - Agensi
SUSPEK yang dihukum penjara semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...