Nilai: “Kami memang tahu dia (Lola) ada dua anak, seorang sihat dan
seorang lagi cacat. Tetapi, dia tidak bercampur dengan kami atau memberitahu
masalah dihadapinya.
“Kami terkejut sejurus mengetahui anak lelakinya yang cacat itu ditemui
dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus,” kata jiran kepada wanita dikenali
sebagai Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus
Dullah, 15.
WARTAWAN Harian Metro dan BH menebual jiran Lola, semalam.
Jiran terbabit yang
mahu dikenali sebagai Eton, 40-an, berkata, biarpun tinggal berjiran bersama
Lola di tingkat satu Flat Semarak, Taman Semarak, di sini, dia tidak pernah
bergaul menyebabkan penduduk tidak tahu masalah hidupnya.
Katanya, pada 1999, Lola menetap di tingkat tiga flat sama sebelum berpindah ke
tingkat satu pada 2007.
“Namun, sepanjang
mengenali Lola, saya hanya melihat wanita itu keluar bekerja pada waktu pagi
dan pulang di sebelah malam, malah tidak bergaul dengan jiran,” katanya.
Eton berkata, Lola juga sukar dilihat kerana kedudukan rumah sewanya paling
hujung bersebelahan tangga dan tidak melalui hadapan rumahnya untuk turun ke
bawah.
“Sejak 15 tahun tinggal di sini, hanya satu atau dua kali Lola datang ke majlis
anjuran flat menyebabkan ramai tidak mengetahui kehadirannya di sini,” katanya
yang memaklumkan wanita itu hanya sekali datang berhari raya di rumahnya pada
2011 bersama anak keduanya.
sumber dari
myMetro
7 comments:
Susah kalau.x.bercampur jiran ni.
Saya bekerja..tapi ada juga tegur menegur dengan jiran yang lain. And most of them pun kerja jugak..
Cikdelima, bahagian comment ada word verification. Macam susah sikit nak drop comments..
kena rajin bergaul dengan jiran ...sekurangnya mungkin sedikit sebanyak mereka boleh membantu...
betul tuh. sekurang2 nye jiran boleh membantu. tak byk skit pun tak pe.@mama amir
kejiranan memang penting dalam hidup
Nasib x baik saya dah terhilang no fon jiran..
Gara2 fon slalu buat hal.
Nak mintak balik slalu xsempat je berjumpa..
Catat Ulasan