Mitos-Gergasi Di Kampung Ekor Bota,Perak
Labels:
mitos
Assalammmualaikum
Kepada pembaca hari
ini saya ingin berkongsi mengenai Mitos Gergasi di Kampung Ekor Bota. Pernah
dengar Kampung Ekor Bota? Tak pernah?. Ok, Kampung Ekor Bota adalah salah satu kampung
yang terdapat di negeri perak..
Kembali kepada tajuk
cerita, kisah dongeng rakyat sering menjadi hiburan di kala lapang buat masyarakat Melayu suatu ketika dahulu, termasuk kadangkala cerita yang tidak
masuk akal menjadi ingatan dan sisipan tauladan hingga ke zaman sekarang.
Berdasarkan kepada
itu, tidak hairanlah satu kawasan penempatan dinamakan Kampung Ekor Bota
mempunyai ceritanya tersendiri yang hingga kini belum terbukti kesahihannya.
Menariknya menurut
cerita orang-orang kampung di situ, kononnya nama Bota (Bota kanan, Bota Kiri,
dan Ekor Bota) diambil sempena nama gergasi yang digelar “ Bote”, wujud di masa
dahulu kala sehingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk tempatan.
Hendak dijadikan
cerita, gergasi Bote ini menculik seorang janda kaya oleh kerana hatinya sudah
terpaut kepada janda itu. Kemudian muncul seorang pemuda membantu penduduk kampong
menyelamatkannya daripada menjadi tahanan gergasi itu.
Dalam pertarungan
dengan gergasi tersebut, pemuda itu Berjaya membunuh dan mengerat badan raksasa
kepada tiga bahagian, bagi mengingati peristiwa itu kawasan badan dan kepalanya
Kampung Bota Kiri dan Kampung Bota Kanan manakala bahagian ekornya dinamakan
Kampung Ekor Bota.
Walaupun kisah itu
kedengaran aneh dan lucu, sedikit sebanyak ia menjadi suatu mitos yang
dibualkan dari mulut ke mulut dan tidak lari dengan tokok tambah yang
menjadikan kisah itu lebih menarik dan pelik.
Begitulah kisahnya
macam mana kampung tersebut mendapat nama..Adakah anda tahu kampung anda dapat
nama dari mana. Jom lah kita kongsi-kongsi...
gambar sekadar hiasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan