RSS

Cari bunyi "mengiau"

Bachok: “Saya sangka ia bunyi anak kucing mengiau, rupa-rupanya ia tangisan bayi yang ditinggalkan di dalam kotak air mineral di depan sebuah kedai runcit berhampiran kediaman kami,” kata Zuraini Abd Wahad, 41, selepas menemui seorang bayi lelaki cukup sifat di Kampung Gajah Mati, Tawang di sini, semalam.
Bayi masih bertali pusat itu ditemui pada jam 5.15 pagi dan dipercayai baru dilahirkan. Turut ditemui bersama bayi yang lengkap berpakaian itu ialah beberapa helai lampin pakai buang dan puting susu.
Zuraini berkata, sebelum penemuan itu, dia terjaga daripada tidur untuk menutup kipas kerana kesejukan sebelum terdengar bunyi seolah-olah anak kucing mengiau.

“Bunyi itu semakin kuat dan jelas seperti tangisan bayi. Saya yang ketakutan mengejutkan suami, Seman Salleh,yang berusia 68, sebelum kami mencari arah bunyi berkenaandatang.

“Kami menemui kotak air mineral berkenaan di depan kedai runcit berkenaan sebelum suami membuka penutupnya. Kami terkejut mendapati ada bayi di dalamnya. Saya terus membawa bayi berkenaan pulang dan memberinya susu,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

 
SEMAN menunjukkan tempat bayi dijumpai di depan kedai runcit di Kampung Gajah Mati, Tawang. Gambar kecil, bayi lelaki berusia seminggu ditinggalkan di kedai runcit.
 
 
sumber dari
 
myMetro


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...