“Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia,” seloroh Najib ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang, dekat sini, semalam.
Menurutnya, pasangan panda itu perlu diberi dengan nama yang lebih menggambarkan identiti tempatan bagi menarik minat orang ramai menyaksikan haiwan itu dan mengunjungi Zoo Negara.
Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lalu dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Melalui program perjanjian ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Kedua-dua haiwan masing-masing berusia tujuh tahun itu dikuarantin kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.
Najib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu adalah kerjasama dua hala antara Malaysia dan China dan ia merupakan penghormatan buat Malaysia selain mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.
“Saya difahamkan sehingga kini, China menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 buah negara sahaja. Justeru, sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi,” katanya.
Mengenai pembinaan pusat konservasi panda gergasi itu yang menelan belanja RM25 juta, Najib berkata, ia wajar memandangkan jumlah perdagangan antara Malaysia dan China yang berjumlah AS$200 juta pada 1974 meningkat kepada lebih AS$106 bilion tahun lalu.
2 comments:
sedap lagi nama lama hohoho.. pape pun nanti nak pi jenguk panda ni alaaaa omeynya :D
Diharap dapat memberi manfaat.
Catat Ulasan