Patna (India): Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas
anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang
masih dalam pembinaan.Tiga
batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk.
Dia bagaimanapun
tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan
terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam.Lovely yang berasal dari kampung
Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang
simen ketika hendak tidur.
TIGA batang besi menusuk badan Lovely.
Kejadian dikatakan
berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis
perkahwinan.Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa
mangsa ke Hospital Ruban di Patna.
Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan
selama lima jam. Keadaan Lovely kini dilapor stabil.“Kami berjaya
menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun
cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha.
Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.“Dia
selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya.-Agensi
sumber dari
myMetro
http://www.hmetro.com.my/
2 comments:
kalau saya memang cemas dah ni..
kalau saya bukan setakat cemas.mau pengsan agknya..@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK
Catat Ulasan