Kes Terbaru melibatkan OKU -10 tahun bawah rumah
Tumpat: Seorang
wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung lebih 10
tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, petang tadi.
Serbuan ke rumah itu
dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat maklumat
daripada penduduk kampung terbabit.Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus
kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah
rumah berkenaan. Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata,
keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.
WANITA OKU dipercayai dikurung lebih 10 tahun di dalam bilik di bawah rumah. FOTO Syamsi Suhaimi
"Berdasarkan
maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya.
Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ," katanya.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
10 tahun dia tak tengok dunia. Nape la ada orang yang sanggup buat begitu...
Huish kesiannya..
Catat Ulasan