“Saya yang duduk di kerusi di belakang tiba-tiba terjaga selepas merasakan bas berkenaan bergoyang seperti tidak stabil, diikuti dentuman kuat selepas terjunam ke dalam longkang.
Kemalangan Tidur Masuk Longkang
Labels:
Berita
Butterworth: “Sebelum itu, semua penumpang sedang lena dan hanya terjaga
selepas kejadian mengejutkan ini. Malah, saya yang duduk di belakang turut
tercampak beberapa meter ke hadapan, namun bersyukur kerana tidak cedera
parah,” kata ketua jurulatih acara lompatan bagi skuad olahraga negara, Mohd
Mansahar Abdul Jalil, 54, semalam.
Beliau antara tujuh
penumpang yang melalui detik cemas apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan
sebelum masuk ke dalam longkang sedalam empat meter dalam kejadian di Jalan
Baru Perai, di sini, jam 6 pagi semalam.
ORANG ramai mengerumuni bas yang terhumban masuk ke dalam longkang sewaktu dalam perjalanan dari Melaka menuju Perlis, semalam.
Menurutnya, ketika
kejadian dia dalam perjalanan ke Perlis untuk menghadiri kejohanan olahraga dan
menaiki bas berkenaan di Simpang Pulai, Perak, jam 3.15 pagi.
“Saya yang duduk di kerusi di belakang tiba-tiba terjaga selepas merasakan bas berkenaan bergoyang seperti tidak stabil, diikuti dentuman kuat selepas terjunam ke dalam longkang.
“Saya yang duduk di kerusi di belakang tiba-tiba terjaga selepas merasakan bas berkenaan bergoyang seperti tidak stabil, diikuti dentuman kuat selepas terjunam ke dalam longkang.
“Lutut sakit
dipercayai akibat terhentak ketika tercampak ke depan dan kami bernasib baik
kerana orang awam membantu penumpang keluar dari bas, manakala kenderaan itu
tersekat di dalam longkang,” katanya.
Sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
la xsdq ka msk dlm longkang nsb bk qamai tu kalau soqang dia mampuisss......... haha habaq kt aq nnt p sebaq kt twiter noh boleh dok. haha jgn mqh aq gurau ja :smile:
Catat Ulasan