RSS

Kisah budak 9 tahun dan bayi 4 bulan dilarikan penjenayah

Puchong: “Saya bersyukur dan tidak sangka Abang Ngah (Muhammad Naqiuddin Rashid) begitu bertanggungjawab dan sanggup mendukung dan menyelamatkan adiknya,” kata Karniyurtini Ishak, 35, ibu kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan bayi empat bulan yang dilarikan penjenayah bersama keretanya pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Naqiuddin dan Muhammad Thaqiff itu dilarikan seorang penjenayah ketika ibu mereka sedang menghantar dua lagi anaknya berusia tiga dan tujuh tahun ke rumah pengasuh di Taman Puchong Perdana, di sini. 

KARNIYURTINI dan Rashid bersama anak mereka melihat laporan Harian Metro, semalam.

“Ketika kereta itu lesap dari pandangan, saya hanya mampu menangis dan benar-benar buntu memikirkan nasib dua anak yang berada di dalam kereta itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Putra Perdana di sini.

Menurutnya, dia tidak menyangka Naqiuddin begitu berani dan sanggup mengambil risiko walaupun perwatakannya pendiam.


“Semua orang yang mengenali Abang Ngah (Naqiuddin) bimbang dan risau memikirkan tindakannya bersama adik yang masih kecil.

sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Hafizah Halim berkata...

Alhamdulillah... Dikhabarkan penculik itupun dah dapat diberkas oleh pihak polis...

Cikdelima merah berkata...

Polis cepat bertindak. Kalau tak siapa pulak menjadi mangsa...@Hafizah Halim

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK berkata...

Alhamdulillah. Nasib baik si abang bijak.
Kalau tak...entah macamane baby tu.
Ya allah..takut memikirkan perkara sebegini.

Cikdelima merah berkata...

Hari-hari ada berita tentang jenayah kepada budak2..Pe nak jadi skang ni kan.@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...