Weekend husband and wife..Jagalah Hati Pasangan Masing-Masing
Labels:
Hati
Apa tu Weekend
husband and wife. Bagi yang tinggal berjauhan satu sama lain mesti tau apa itu
weekend husband and wife. . So istilah “jauh di mata dekat di hati” memang
sesuai sangatlah menggambarkan rumahtangga jarak jauh Menjaga sebuah rumah
tangga memerlukan usaha yang berterusan lebih-lebih lagi bila pasangan itu
terpaksa berjauhan. Cuba bayangkan bila seorang di utara dan seorang lagi di
selatan.
Zaman sekarang bukan
macam zaman mak2 kita dulu, yang perempuan hanya duduk di dapur, dan dirumah.
Sekarang ramai perempuan yang berpendidikan tinggi dan ingin berkejaya
disamping membantu meringankan beban keluarga.
Namun semuanya itu
menuntut pengorbanan dengan harga yang cukup mahal bila berjauhan dengan pasangan hidup. Dengan
keadaan ini, kesunyian, kebosanan dan kesepian pasti menyebulungi diri. Pelbagai
perasaan yang merunsingkan,
menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam
situasi cinta jarak jauh ini.
Apa yang penting
hubungan atau cinta jarak jauh ni adalah kepercayaan, keikhlasan dan memberi
sokongan antara satu sama lain. Jangan dijadikan alasan kesepian untuk “bermain
cinta”dengan orang ketiga. Ingat pasangan kita dan Pengorbanan pasangan kita.
Wahai kaum Adam yang bergelar suami ingat lah bahawa naluri seorang
perempuan ni kuat.Bila isteri rase macam ada "something yang xkena
je" memang ada yang xkena lah tu. Jarang sekali telahan seorang isteri ni
salah. Jangan di calar hati seorang isteri. Boleh je isteri nak duduk
disamping suami, tapi kadang-kadang dengan ekonomi keluarga yang tak berapa
cukup, isteri berkorban untuk membantu. Hargailah isteri anda.
Bagi kaum isteri, jangan lah mengambil kesempatan bila berjauhan dengan
suami dan ingatlah, jangan jadikan jarak
yang jauh itu sebagai pemusnah cinta.Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan
memberikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan cinta.Apapun rintangan yang
ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang.Tetapi jadikan ia sebagai
sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia.
Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu
perkara yang tidak baik. Cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih
sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
Jadi belajar menghargai satu sama lain. Jangan jadikan jarak itu untuk
memutuskan kasih sayang, dan hubungan yang suci.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
sy pernah mengalami PJJ dan akhirnya ia gagal...serik dah...
susah jgk kan PJJ ni@ZUKI DIN
Catat Ulasan