Dalam kejadian jam 6.30 pagi, seorang penumpang parah, sembilan cedera manakala 15 lagi terselamat selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler membawa muatan pembetung.
Kemalangan melibatkan bas ekspres dan treler
Labels:
Berita
Jasin: “Jeritan dan tangisan bergema di dalam bas sejurus kemalangan
berlaku. Pada masa sama, kelihatan ramai mangsa cedera dan ada antara mereka
tersepit di celah tempat duduk penumpang,” kata Teh Yee Wan, 25, penumpang bas
ekspres yang mengalami kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 187.1,
Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, semalam.
Menurutnya, suasana
di dalam bas ketika itu amat kelam-kabut apabila ada penumpang menjerit
kesakitan dan terkejut selain beberapa mangsa mengalami kecederaan di anggota
badan.
BAS ekspres yang terbabit kemalangan dengan treler muatan pembetung di Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.
“Saya terjaga
selepas seorang penumpang tercampak ke atas badan saya sebaik kemalangan
berlaku. Malah, kerusi tempat duduk saya turut beralih kedudukan,” katanya
ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi, seorang penumpang parah, sembilan cedera manakala 15 lagi terselamat selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler membawa muatan pembetung.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi, seorang penumpang parah, sembilan cedera manakala 15 lagi terselamat selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler membawa muatan pembetung.
Seorang lagi
penumpang, Chee Len Kang, 23, berkata, dia yang tidur terjaga sebaik
kemalangan
berlaku dan bersyukur kerana terselamat.
sumber dari
myMetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
Lorrr...kes driver mengantuk ke laju ke lori xde lampu....?
Macam-macam andaian..
xtaulah..tapi kalau lalu sebelah trelar memang menggerunkan@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK
Catat Ulasan