RSS

Dua beradik tidak terpisah (Remaja OKU)

Seremban: Remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) sejak 21 Jun lalu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, di sini, selewat-lewatnya Isnin depan.

Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ia berikutan remaja itu beransur sihat dan mengalami peningkatan berat badan kepada 17.3 kilogram berbanding 15 kilogram ketika dimasukkan ke HTJ.

ROSMAH menyerahkan sumbangan kepada Muhammad Firdaus di HTJ.

“Selama 10 hari dirawat, HTJ memberikan disiplin perubatan kepada Muhammad Firdaus iaitu pemeriksaan mata, telinga dan kulit selain makanan berprotein tinggi, karbohidrat dan kalsium untuk kesihatannya,” katanya selepas melawat remaja terbabit di HTJ, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun serta Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman.


Sempena Ramadan ini, beliau menyampaikan sepasang baju Melayu berwarna biru dan songkok kepada Muhammad Firdaus dan RM2,000 termasuk RM1,000 sumbangan peribadi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

sumber dari
myMetro
http://www.hmetro.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

drshikinzainal @ ekin berkata...

Alhamdulillah Firdaus dah makin berisi & Nampak ceria sekarang.

cikdelimamerah berkata...

Alhamdulillah. seronok tengok perkembangan dia..@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...