RSS

Kes Terbaru melibatkan OKU -10 tahun bawah rumah


Tumpat: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, petang tadi.

Serbuan ke rumah itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat maklumat daripada penduduk kampung terbabit.Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan. Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.

WANITA OKU dipercayai dikurung lebih 10 tahun di dalam bilik di bawah rumah. FOTO Syamsi Suhaimi


"Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ," katanya.
 
 
 
sumber dari
myMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Dunia Zumal berkata...

10 tahun dia tak tengok dunia. Nape la ada orang yang sanggup buat begitu...

Yun Sing berkata...

Huish kesiannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...