Seremban: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan
dalam kebuluran dan kekeringan di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini,
kelmarin, memang sah diabaikan.
Selain itu, Muhammad Firdaus hanya mampu menggunakan tiga perkataan iaitu
ibu, ummi dan mama dalam percakapan walaupun umurnya sudah 15 tahun.
Perkara ini
didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat,
pada sidang media, di sini, mengenai tahap kesihatan Muhammad Firdaus yang
dilakukan pihaknya.
"Pemeriksaan kami juga mendapati dia mungkin tidak makan beberapa bulan
atau diberikan makanan tidak sepatutnya," katanya.
Menurutnya,
pemeriksaan kesihatan ke atas remaja OKU malang itu tidak menemui sebarang
kecederaan dan unsur didera tetapi hanya keadaan badannya yang kering dan
dibiarkan kebuluran.
FIRDAUS sedang dirawat di HTJS. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Katanya, berdasarkan laporan itu pihaknya sudah memaklumkan kepada polis dan
terpulang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Ketika remaja ini dibawa ke HTJS, beratnya hanya 15 kilogram dan kami
sudah memberikan makanan berkhasiat kepadanya untuk menambah berat badan.
"Keadaannya kini stabil dan memerlukan sekurang kurangnya sebulan untuk
menaikkan berat badan dan penjagaan lain," katanya.
Dr Jaafar berkata, pihaknya sudah memberikan ubat kulit kepada remaja itu
berikutan ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumahnya.
sumber dari
myMetro
1 comments:
Anda ditagged.. Harap anda dapat joinkan dan support GA ni sama2.. jom sama2 kita rapatkah ukhuwah kita sesama blogger yang lain :D ty..
http://misszimpleskorea.blogspot.com/2014/06/first-mini-giveaway-topup-by-mrsyatie.html
Catat Ulasan